PROGRAM SARINGAN KANSER SEMPENA HARI SUKAN NEGARA | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » PROGRAM SARINGAN KANSER SEMPENA HARI SUKAN NEGARA

PROGRAM SARINGAN KANSER SEMPENA HARI SUKAN NEGARA

Nilai - Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah mengadakan Aktiviti Saringan Kanser Prostate di Pusat Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM) sempena Hari Sukan Negara Anjuran Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia (CGSO) pada 21 Oktober 2023 bersamaan hari sabtu.

Program jaringan ini antara lain bertujuan memberi kesedaran dan sumbangan perkhidmatan utama PPDN dalam menyokong aktiviti sempena Hari Sukan Negara.

 

Dalam masa yang sama ia juga menjadi satu kaedah bagi memperkenalkan PPDN serta perkhidmatan yang ditawarkan kepada individu serta agensi- agensi kerajaan yang terlibat.

Semoga usaha ini mencapai matlamat fungsi utama PPDN amnya dan UPM khususnya bertepatan dengan moto universiti "Berilmu Berbakti"

Tarikh Input: 24/10/2023 | Kemaskini: 24/10/2023 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEdTAx~