Program Saringan Kesihatan Komuniti Bersama Kelab Wargamas KSKK | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » Program Saringan Kesihatan Komuniti bersama Kelab Wargamas KSKK

Program Saringan Kesihatan Komuniti bersama Kelab Wargamas KSKK

 

 

Serdang, 7 November 2025 (Jumaat) – Pasukan dari Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjayakan Program Saringan Kesihatan Komuniti bersama Kelab Wargamas Klinik Kesihatan Seri Kembangan (KSKK) yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Sri Andalas.

Program ini merupakan salah satu inisiatif khidmat masyarakat tahunan di bawah takwim aktiviti Jaringan Industri dan Naungan Masyarakat (JINM) PPDN, yang bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.

 

   

 

Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah pemeriksaan ultrasound melibatkan organ penting seperti hati, pundi hempedu, pankreas, limpa, buah pinggang dan pundi kencing.

Seramai 32 orang penduduk telah menyertai program ini, menunjukkan sokongan padu dan keprihatinan masyarakat terhadap kesihatan diri.

PPDN UPM merakamkan penghargaan kepada komuniti Taman Sri Andalas atas sambutan mesra dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

 

#UPM #PPDN #BerilmuBerbakti #SaringanKesihatan

Tarikh Input: 13/11/2025 | Kemaskini: 13/11/2025 | fatini

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
W, (03:41:41pm-03:46:41pm, 24 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]