Sambutan Aidilfitri PPDN 2022 | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » Sambutan Aidilfitri PPDN 2022

Sambutan Aidilfitri PPDN 2022

 

Serdang – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 30 Mei 2022 bersamaan 29 Syawal 1443 Hijrah.

Majlis dimulai dengan ucapan Pengarah PPDN, Prof Dr Fathinul Fikri bin Ahmad Saad. Dalam ucapan, beliau  berharap dengan penganjuran majlis ini dapat mengeratkan hubungan dan ukhwah antara staf PPDN dan komuniti UPM, selain mempromosikan perkhidmatan PPDN secara tidak langsung.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa oleh Dr Mohd Hazeman bin Zakaria, Penyelaras Jaringan Industri dan Masyarakat PPDN.

   

  

 

Majlis yang berlangsung dari jam 10.00 pagi, dengan hidangan pelbagai juadah raya disediakan oleh keluarga PPDN untuk dijamu pada tetamu yang hadir, berakhir pada jam 3.30 petang.

  

Tarikh Input: 03/06/2022 | Kemaskini: 03/06/2022 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEXSAb~