SAMBUTAN HARI WANITA DUNIA 2023 | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » SAMBUTAN HARI WANITA DUNIA 2023

SAMBUTAN HARI WANITA DUNIA 2023

 

KUALA LUMPUR - Sempena Hari Wanita Sedunia, Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) dengan kerjasama Advanx Health telah menjalan Program Saringan Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) pada 18 Mac 2023 menggunakan modiliti ultrasound.  Program anjuran Lumirous Sdn Bhd ini dijalankan di Kafe Mori Kohi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur selaku penaja lokasi, mensasarkan wanita berumur lingkungan 20 - 60 tahun.

Saringan ini dilakukan sendiri oleh Prof. Madya Dr Suraini binti Mohamad Saini, Pakar Radiologi juga merangkap Timbalan Pengarah PPDN, bersama -sama dengan empat orang pelajar dari Universiti Lincoln. Prof. Madya Dr. Suraini juga turut berkesempatan memberi  sedikit perkongsian ilmu tentang PCOS kepada pengunjung yang hadir.

Diharapkan dengan penganjuran program seperti ini, PPDN mampu memberikan kesedaran umum kepada orang awam tentang PCOS dan penyakit tidak berjangkit.

   

  

Tarikh Input: 21/03/2023 | Kemaskini: 21/03/2023 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXDdJAo~