SARINGAN KESIHATAN DI STAR MEDIA GROUP SEMPENA STAR EMPLOYEE ENRICHMENT DAY 2023 | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » SARINGAN KESIHATAN DI STAR MEDIA GROUP SEMPENA STAR EMPLOYEE ENRICHMENT DAY 2023

SARINGAN KESIHATAN DI STAR MEDIA GROUP SEMPENA STAR EMPLOYEE ENRICHMENT DAY 2023

Petaling Jaya - Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah mengadakan Aktiviti Saringan Kesihatan Kanser di Star Media Group sempena Star Employee Enrichment Day 2023 yang berlangsung selama dua hari dari 7 hingga 8 November 2023.

 

 

Program jaringan ini antara lain bertujuan memberi kesedaran dan sumbangan perkhidmatan utama PPDN dalam menyokong aktiviti teras kepakaran perkhidmatan pusat. Seramai 70 peserta terdiri daripada staf Star Media Group dan orang awam telah menjalani saringan ini.

Dalam masa yang sama ia juga menjadi satu kaedah bagi memperkenalkan PPDN serta perkhidmatan yang ditawarkan kepada individu serta agensi- agensi kerajaan dan swasta yang terlibat sepanjang program.

Semoga usaha ini mencapai matlamat fungsi utama PPDN amnya dan UPM khususnya bertepatan dengan moto universiti "Berilmu Berbakti" serta menyumbang kembali kepada komuniti.

Tarikh Input: 10/11/2023 | Kemaskini: 10/11/2023 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEdVAT~