SESI PERKONGSIAN ILMU PENGURUSAN ORGANISASI DI BAHAGIAN KESELAMATAN UPM | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » SESI PERKONGSIAN ILMU PENGURUSAN ORGANISASI DI BAHAGIAN KESELAMATAN UPM

SESI PERKONGSIAN ILMU PENGURUSAN ORGANISASI DI BAHAGIAN KESELAMATAN UPM

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah membuat sesi Lawatan Perkogsian Ilmu ke Bahagian Keselamatan (BKU) pada 7 Jun 2023 (RABU). Objektif utama sesi lawatan tersebut adalah untuk melihat keberkesanaan pengurusan rekod di BKU selain dapat berkongsi pandangan dan pengetahuan berkaitan pengurusan organisasi dan Latihan dari kedua-dua Jabatan.
 
Lawatan PPDN seramai 18 orang tersebut yang diketuai oleh Prof. Dr. Fathinul Fikri Ahmad Saad Pengarah Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear. Kehadiran PPDN ke BKU juga merupakan salah satu slot dalam perancangan tahunan Latihan staf 2023 PPDN.
 
 
 
Sesi lawatan yang bermula pada jam 9.30 pagi tersebut dimulakan dengan sesi pengenalan dan suai kenal antara kedua-dua pihak. BKU melalui Pengarah, Tuan DSP/KS Norazlan bin Mohamed telah membentangkan kaedah pengurusan rekod organisasi dan Latihan terbaik yang menjadi amalan di BKU untuk dikongsikan kepada semua warga PPDN. Ini mengambil kira BKU merupakan satu organisasi yang menjawab kepada dua entiti pentadbiran dalam organisasinya iaitu Pengurusan Universiti Putra Malaysia dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia.
 
Sesi Perkongsian Ilmu tersebut berakhir pada jam 12:30 tengah hari dengan penyampaian cenderahati oleh kedua-dua belah pihak. Semoga dengan adanya sesi perkongsian ilmu ini dapat menyumbang terhadap pembangunan dan pemurnian pengurusan bagi kedua-dua organisasi.
 
 
 
 

Tarikh Input: 13/06/2023 | Kemaskini: 13/06/2023 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEdXAN~