Universiti Putra Malaysia (UPM) Dan Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) Tandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) tandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) tandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

 
Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) iaitu Pakej Pemeriksaan Saringan Kesihatan “Advance” kepada rakyat Malaysia termasuk pemeriksaan darah serta pemeriksaan diagnostik seperti MRI/MRA, CT Scan, ujian ultrasound, ujian saringan genetik dan sebagainya pada 20 April 2022 di Dewan Taklimat Serdang, UPM.
 
MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor UPM, Yang Hormat Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Megaklinik Zahran, Dato’ Mohd Nafidz Hj. Abdul Razak dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin dan Pengurus Besar Kumpulan Megaklinik Zahran, Dr. Sazarul Zafirah Dato’ Seri Zainal Abidin.
 
Turut hadir, Pengarah Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM, Prof. Madya Dr. Fathinul Fikri Ahmad Saad, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM, Prof. Dr. Zamberi Sekawi, dan barisan pengurusan Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ).
 
Naib Canselor UPM, Yang Hormat Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata kerjasama itu adalah sejajar dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025, Matlamat 3 iaitu Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri Dan Masyarakat.
 
Pegawai Eksekutif Kumpulan Megaklinik Zahran, Dato’ Mohd Nafidz Hj. Abdul Razak berkata melalui kerjasama itu, kedua-dua pihak akan sentiasa bekerjasama dalam memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan kepada rakyat Malaysia khususnya, dengan cepat dan tidak perlu menunggu lama di samping menyediakan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan.
 
 
 

Tarikh Input: 21/04/2022 | Kemaskini: 21/04/2022 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEaIAj~