Serdang, 2026 – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Universiti Putra Malaysia (UPM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua warga PPDN yang telah menerima pengiktirafan pada Majlis Putra Gemilang (MPG) 2026, sebagai penghargaan terhadap jasa, komitmen dan kecemerlangan dalam perkhidmatan.
![]() |
![]() |
Puan Zuriana Abd Manas telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi, komitmen dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sepanjang tempoh perkhidmatan. Manakala Puan Rozlinawati Abd Wahab telah dianugerahkan Bakti Putra 30 Tahun sebagai penghargaan atas sumbangan dan khidmat bakti yang berterusan kepada Universiti Putra Malaysia sepanjang tiga dekad perkhidmatan.

Majlis turut diserikan dengan sesi fotografi bersama YBhg. Naib Canselor UPM DATO' PROF. Ir. DR. AHMAD FARHAN BIN MOHD SADULLAH FASc dan para penerima anugerah yang diraikan atas pencapaian serta sumbangan mereka kepada universiti. Pengiktirafan yang diberikan ini mencerminkan komitmen UPM dalam menghargai kecemerlangan dan dedikasi warganya.
Seluruh warga PPDN mengucapkan tahniah dan syabas kepada para penerima anugerah. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti dan cemerlang demi kecemerlangan organisasi.
#PPDN #UPM #MPG2026 #MajlisPutraGemilang #AnugerahPerkhidmatanCemerlang #BaktiPutra30Tahun
Tarikh Input: 21/05/2026 | Kemaskini: 21/05/2026 | fatini

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor