Pengimejan Molekul adalah kajian yang melibatkan visualisasi fungsi selular (dalam manusia atau haiwan) melalui teknik imbasan termaju. Bidang ini berpotensi besar dalam diagnosis penyakit berkaitan kanser, saraf dan kardiovaskular termasuk infeksi dan inflamasi. Teknik klinikal ini digunapakai untuk mengesan penyakit diperingkat awal, menilai keberkesanan rawatan yang diberikan; serta memantau penyakit sewaktu rawatan susulan.