Internet di premis kami mengalami masalah. Oleh itu, telefon internet kami juga mengalami masalah. Sekiranya, ingin menghubungi kami berkaitan temujanji sila hubungi 0173349626 (Pn Fazlina) dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang sahaja.
Webinar ini merupakan anjuran bersama Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, Universiti Putra Malaysia, United Imaging Healthcare, dan NeuroCoB Society Malaysia di bawah inisiatif kerjasama U-HIKMAH.
Sesi ini akan menampilkan penceramah jemputan dari dalam dan luar negara yang akan berkongsi perkembangan terkini dalam bidang theranostik kanser prostat, merangkumi aplikasi klinikal, terapi radioligan serta inovasi radiopharmaceutical terkini.
Butiran Webinar:
Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
Masa: 3:15 petang – 5:00 petang (GMT+8)
Platform: Google Meet (akan diemelkan selepas urusan pendaftaran)
Pendaftaran: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfvpitqSmpsRaSpT8Ax1SJeLS3MWC6fPqeRWssV8G-J-ccX8g/viewform
Penyertaan adalah percuma, dengan mata CPD MMA telah diluluskan, manakala mata CPD BKRP sedang dalam proses kelulusan.

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor