SURAT JAMINAN/ GL (STAF UPM SAHAJA) | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» PERKHIDMATAN KLINIKAL » Kaedah Pembayaran » SURAT JAMINAN/ GL (STAF UPM SAHAJA)

SURAT JAMINAN/ GL (STAF UPM SAHAJA)

Surat Jaminan atau GL hanya termaktub untuk semua staf Universiti Putra Malaysia sahaja.

GL perlu mendapat kelulusan PTJ terlebih dahulu untuk membuat pemeriksaan modaliti berteknologi tinggi di PPDN seperti imbasan PET/CT, CT dan MRI.

Pesakit perlu mendapat rujukan daripada Pusat Kesihatan Universiti (PKU) atau Hospital Kerajaan sahaja.

Kelayakkan GL adalah seperti berikut;

1. Isteri atau isteri-isteri yang sah atau suami yang sah;

2. Anak-anak termasuk anak tiri atau anak angkat yang sah dari segi 
    undang-undang dengan syarat;

  - Berumur di bawah 18 tahun

  - Berumur di bawah 21 tahun bagi yang masih belajar sepenuh masa

  - Tiada had umur bagi anak yang cacat / kurang upaya

3. Ibu bapa yang sah (ibu bapa kandung atau ibu tiri atau bapa tiri atau ibu bapa angkat yang pertalian kekeluargaan adalah sah di sisi undang-undang. Kemudahan dihadkan kepada seorang ibu yang sah dan seorang bapa yang sah sahaja pada satu-satu masa).

Sila rujuk kelayakkan GL masing-masing dengan Pejabat Pendaftar UPM.

Kemaskini:: 11/04/2018 [muhammadhafiz]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXDdGAv~