PEMBANGUNAN MODAL INSAN | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» JARINGAN KERJASAMA » PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PPDN UPM melaksanakan kursus dan seminar dalam bidang pengimejan molekul, pengimejan nuklear kepada peserta yang melibatkan kumpulan sasar iaitu Pegawai Perubatan, Pegawai Juru X-ray, Juruteknik Makmal Perubatan (MLT), Pegawai Sains (Fizik), Jururawat dan ahli paramedik mengenai teknik pengimejan diagnosis nuklear yang terbaru.

Dalam usaha untuk menjadi sebuah pusat pemindahan ilmu, PPDN UPM sentiasa menjalinkan kolaborasi strategik dan perkongsian ilmu dengan institusi lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengimejan nuklear (molekul).

PPDN UPM berusaha membangunkan kurikulum yang komprehensif dengan strategi pembelajaran yang efektif bagi memperkasakan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta yang menghadiri kursus dan seminar di PPDN UPM.

Kursus dan seminar di PPDN UPM mengikut piawaian yang ditetapkan bagi permohonan mata CPD.

Kemaskini:: 09/04/2018 [muhammadhafiz]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdMAl~