Latar Belakang | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» MENGENAI KAMI » PENGENALAN » Latar Belakang

Latar Belakang

Majlis Perasmian Pusat Pengimejan Diagnotik Nuklear yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

 

 

Bermula sebagai satu unit kecil di bawah Jabatan Pengimejan, Fakulti  Perubatan dan Sains Kesihatan pada tahun 2003, Unit Perubatan Nuklear telah melalui penstrukturan semula di bawah Pejabat Dekan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan pada 2008 dan dikenali sebagai Unit Pengimejan Nuklear.

 

Usaha untuk menubuhkan Pusat Pengimejan Nuklear (PPN) ini telah bermula seawal tahun 2005 apabila Unit Perubatan Nuklear (pada waktu itu) menyedari akan pentingnya keupayaan teknologi dan pembangunan modal insan dalam bidang pengimejan nuklear yang sedang berkembang pesat di Malaysia. Dengan asas idea yang kukuh, penubuhan pusat ini turut mendapat sokongan daripada fakulti dan universiti. Pada tahun 2008 bidang ini telah diwartakan sebagai salah satu bidang   keutamaan dalam penyelidikan (niche area).

 

Unit ini turut memahat nama di kalangan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan melalui penglibatan pelbagai aktiviti berasaskan akademik serta penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sebagai universiti berstatus Universiti Penyelidikan (RU), pihak pengurusan UPM turut menyokong penuh akan usaha PPN. Pada Mei 2008, Kementerian  Pengajian Tinggi Malaysia melalui projek Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK 9) telah meluluskan peruntukan bagi membiayai pembangunan fizikal projek ini seterusnya menjadikan Universiti Putra Malaysia sebagai IPTA pertama yang memiliki peralatan PET/CT bagi tujuan penyelidikan, pengajaran dan perkhidmatan kesihatan.

 

Atas dasar untuk memperkasakan bidang penyelidikan, latihan serta pengajaran dan memberikan perkhidmatan pengimejan pada masyarakat setempat, projek yang mengambil masa 11 bulan untuk disiapkan ini mula beroperasi pada 1 April 2010. Bagi menterjemahkan perkhidmatan yang ditawarkan, nama Pusat Pengimejan Nuklear telah dijenamakan semula kepada PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR.

 

 

Kemaskini:: 23/07/2020 [faidhi]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXESVAs~