Saringan Kanser 1.0 | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» JARINGAN KERJASAMA » JARINGAN INDUSTRI & KOMUNITI » Saringan Kanser 1.0

Saringan Kanser 1.0

PROGRAM SARINGAN KANSER 1.0

11 November - 25 Disember 2021

 

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

PENGENALAN

Tanggungjawab dalam pembangunan masyarakat harus dilihat sebagai satu gerakan yang harus dimainkan oleh semua pihak terutamanya penglibatan secara menyeluruh komuniti setempat. Semua tenaga harus digembelingkan dan disatukan bagi mencapai hasrat tersebut. 

Namun dalam zaman penularan CoVID-19 ini, tanggungjawab ini perlu dijalankan dalam keadaan norma baharu. Berbakti kepada masyarakat itu masih perlu diteruskan tetapi ianya perlu selaras dengan SOP yang digariskan oleh kerajaan dan universiti.

Untuk mencapai hasrat ini, komuniti perlu diberi pendidikan, pendedahan, dan pengetahuan bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sosial yang harus dimainkan oleh semua pihak bagi menjamin satu bentuk masyarakat yang boleh mendokong wadah dan perjuangan bangsa di masa akan datang. Keseluruhan ciri dan nilai peribadi unggul seperti berjiwa besar, beretika, kasih sayang, bertolak ansur, bersatu padu, saintifik, dinamik dan sebagainya merupakan intipati bagi menentukan kecemerlangan individu ke tahap yang terbilang.

Menyedari akan kepentingan ini, PPDN menjalankan dan melaksanakan satu program saringan kanser. Program ini adalah kesinambungan program kesedaran kesihatan kanser (SEDAR UPM 1.0 dan SEDAR UPM 2.0) pada semester-semester yang lepas. Ianya seiring dengan matlamat Universiti Putra Malaysia yang mahukan PTJ yang berdaya saing dan berketerampilan melalui pembelajaran berterusan walaupun dalam keadaan negara dilanda penyakit CoVID-19.

Dengan adanya aktiviti seperti ini, diharapkan dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar dalam mengendalikan sesuatu program yang melibatkan komuniti walaupun terpaksa menjalankan program secara dalam talian.

 

KUMPULAN SASARAN

Jumlah peserta/ penglibatan komuniti

  • Penyertaan disasar seramai 150 orang staf UPM dan komuniti Persatuan Peladang

 

Pihak sekretariat PPDN akan menelefon staf dan peserta yang telah mendaftar semasa program SEDAR 1.0 yang lepas.

 

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak kami di 03-9769 1641/1644.


Hafiz Hanafi

Pengerusi Program

Kemaskini:: 08/11/2021 [muhammadhafiz]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXDdKAR~