TAHUN 2016 | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» JARINGAN KERJASAMA » JARINGAN INDUSTRI & KOMUNITI » TAHUN 2016

TAHUN 2016

LAWATAN DARI AIEA SEMPENA DENGAN " IAEA EXPERT MISSION ON CURRENT DEVELOPMENT AND FUTURE APPLICATION OF PET AND SPECT RADIOPHARMACEUTICALS"


Pada 27 September 2016, satu lawatan dari AIEA bersempena dengan kedatangan dua (2) orang pakar AIEA bagi " IAEA Expert Mission on Current Development and Future Application of PET and SPECT Radiopharmaceuticals" telah melawat PPDN.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melawat kemudahan / fasiliti yang teredaat di PPDN. Lawatan selama dua (2 ) jam ini telah disertai oleh 10 orang wakil dari termasuk dari AIEA dan Agensi Nuklear Malaysia.


SEMINAR ULTRASOUND GE TRANING

Pada 6-8 September 2016, satu seminar Ultrasound GE telah diadakan di Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, (PPDN).

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang kaedah pemeriksaan bertindan ultrasound-mri, ultrasound-ct skan kepada para peserta.

Kursus selama tiga (3) hari ini telah dihadiri oleh staf PPDN, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (UPM) dan juga Hospital Serdang


KURSUS MYRIAN WORKSTATION TRAINING



Pada 6 September 2016, satu Kursus MYRIAN Workstation Training telah diadakan di PPDN. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan cara mengaplikasi dan meggunapakai aplikasi perisian yang telah dimasukkan.

Kursus ini telah disampaikan oleh Mr. Nicolas Pieropan, Area Manager ASEAN (Intrasense Kuala Lumpur).

Kursus ini telah dihadiri oleh Pakar Radiologi PPDN dan juga Jabatan Pengimejan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM. 


LAWATAN DARI INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY (IMU)


Pada 5 September 2016, PPDN telah menerima lawatan dari International Medical University (IMU) yang terdiri dari 32 orang pelajar dan 2 orang pensyarah.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kemudahan PET CT dan MRI yang terdapat di PPDN.


CME BASIC NUCLEAR MEDICINE & UPDATES ON LATEST IMAGING TECHNIQUES AND ROLE OF 68GALIUM-DOTANOC IN MANAGEMENT OF NEUROENDOCRINE TUMOURS


Pada 24 Ogos 2016, satu program CME Basic Nuclear Medicine & Updates on Latest Imaging Techniques and Role of 68galium-Dotanoc in Management of Neuroendocrine Tumours anjuran Pusat Pengiomejan Diagnostik Nuklear (PPDN) dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.

Program ini telah dihadiri oleh staf dari PPDN, Fakulti Perubatan UPM dan juga staf dari Institut Kanser Negara.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Prof. Sobhan Vijanmuri, President British Medicine Society and Consultant Nuclear Medicine Physician at Royal Liverpool University Hospital, Liverpool, UK.


LAWATAN OLEH STAF HOSPITAL SERDANG BERSEMPENA DENGAN KURSUS OPTIMIZATION IONIZING RADIATION IN MEDICAL IMAGING


Pada 26 Ogos 2016, satu lawatan tekah dijalnakan oleh staf Hospital Serdang ke PPDN bersempena dengan Kursus Optimization Ionizing Radiation In Medical Imaging.

Seramai 30 orang peserta telah dibawa melawat melihat semua fasiliti dan kemudahan yang terdapat di PPDN.


LAWATAN DARI DELEGASI KEMENTERIAN KESIHATAN DAN KEBAJIKAN KELUARGA , BANGLADESH



Pada 8 Jun 2016, satu program perkongsian maklumat program kesihatan anjuran UCTCT yang melibatkan delegasi daripada kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga, Bangladesh iaitu Health System Strengthening and Sustainable Financing Program.

Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang berkaitan diagnostic dan melawat sekitar PPDN. Lawatan selama 2 jam ini telah disertai oleh 10 orang peserta dari Bangladesh.


LAWATAN SAINTIFIK PAKAR (PALESTIN) KE MALAYSIA TAJAAN IAEA



Pada 26 Mei 2016, seorang pakar dari Palestine, Mr Ismail Ibrahim Hroub, Director of Radiation Pretection and Detection Unit, Ministry of Health Palestine akan berada di Malaysia untuk menjalani program lawatan saintifik dan seterusnya mengunjungi Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), Universiti Putra Malaysia.


Beliau dibawa melawat sekitar PPDN dan diberi penerangan berkaitan aktiviti dan perkhidmatan yang dijalankan oleh PPDN.


PAMERAN SEMPENA HARI KHIDMAT PELANGGAN UPM



Pada 25 Mei 2016, PPDN telah menyertai pameran sempena hari khidmat pelanggan UPM di Bangunan Pentadbiran, Pejabat Pendaftar, UPM.

Pameran ini bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan yang terdapat di PPDN disamping menjadikan PPDN sebagai salah sebuah pusat rujukan staf di UPM.


LAWATAN KERJA MR. DAZHU YANG, DEPUTY DIRECTOR GENERAL (TECHNICAL COOPERATION) INTERNATIONAL ATOMIC ENERGY AGENCY (IAEA)



Pada 25 Mei 2016, PPDN telah menerima lawatan dari Mr. Dazhu Yang, Deputy Director General (Technical Cooperation) International Atomic Energy Agency (IAEA).

Beliau telah dibawa melawat sekitar PPDN dan diberi penerangan berkaitan aktiviti dan perkhidmatan yang dijalankan oleh PPDN. Selain itu, beliau juga dibawa melawat moduliti yang terdapat di PPDN.

 


LAWATAN DARI MANAGEMENT & SCIENCES UNIVERSITY (MSU)



Pada 20 Mei 2016, seramai 40 orang pelajar dan 2 orang pensyarah Ijazah Sarjana Muda Sains Biomedikal, Jabatan Diagnostik & Sains Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, Management & Sciences University (MSU) telah melawat ppdn.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan tentang bidang pengimejan diagnostik dan perawatan masa kini berkaitan kanser.


LAWATAN DARI INSTITUT SUKAN NEGARA



Pada 16 Mei 2016, PPDN telah menerima lawatan dari Institut Sukan Negara. Para pelawat dibawa untuk melihat fasiliti dan moduliti yang terdapat di PPDN secara lebih dekat.

Selain itu, mereka didedahkan dengan perkhidmatan yang terdapat di PPDN selain memperkenalkan PPDN untuk dijadikan sebagai salah satu pusat rujukan mereka.


BENGKEL mMRI PROSTATE BIOPSY



Pada 5 Mei 2016, bengkel mMRI Prostate Biopsy anjuran PPDN telah diadakan di auditorium Perpustakaan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Program ini melibatkan dua (2) sesi iaitu sesi ceramah dan sesi praktikal.

Seramai 20 orang pakar pengimejan, perubatan dan juga staf klinikal PPDN, UPM, Hospital Serdang dan UITM telah menghadiri program ini.

Terdapat tiga (3) buah industri yang terlibat dalam menyampaikan ceramah dan sesi praktikal iaitu daripada Philips Healthcare Sdn Bhd, Siemens Malaysia Sdn Bhd dan GE Healthcare Sdn Bhd.


CME PET CT IN NEUROENDOCRINE TUMOUR



Pada 4 Mei 2016, satu CME bertajuk “PET CT in Neuroendocrine Tumour” telah diadakan di Auditorium Perpustakaan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM pada jam 3.00 petang sehingga jam 5.00 petang.

Program penganjuran PPDN ini telah diahadiri oleh 50 orang pakar perubatan dan staf klinikal yang terdiri dari PPDN, UPM, Hospital Serdang, Hospital Putrajaya, Institut Kanser Negara dan Hospital Kuala Lumpur.

Sesi ceramah bagi Program ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Claudio Rosseti, Pakar Perubatan Nuklear, Niguarda Hospital, Italy


LAWATAN KERJA PENGARAH BAHAGIAN ASIA DAN PASIFIK, JABATAN KERJASAMA TEKNIKAL IAEA



Pada 28 April 2016, Ms. Najat Mokhtar,  Pengarah Bahagian Asia & Pasifik , Jabatan Kerjasama Teknikal IAEA, telah mengadakan lawatan kerja ke PPDN. Lawatan ini adalah di bawah kendalian Agensi Nuklear Malaysia selaku Agensi Penyelaras Kebangsaan Program Kerjasama Teknikal (TCP) Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Malaysia.


INTERNATIONAL CONFERENCE OF TRANSLATIONAL MOLECULAR IMAGING AND AEROSPACE MEDICINE & PHYSIOLOGY SHOWCASE 2016 (ICT MIPS 16) 



Pada 15-16 April 2016, PPDN dengan kerjasama Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dan ANGKASA telah mengajurkan konferen antarabangsa bertajuk “ International Conference of Translational Molecular Imaging and Aerospace Medicine & Physiology Showcase 2016 (ICT MIPS 16)”   di Hotel Sama- Sama KLIA.

Tujuan penganjuran konfrens antarabangsa ini adalah :

1.       Untuk memperkasakan bidang translasi pengimejan molekul (bioteknologi-genetik-pengimejan molekular perubatan & aeroangkasa )

2.       Meningkatkan penglibatan pihak swasta, perseorangan, Goverment Linked Company (GLC) dan Multi National Company (MNC) seluruh Asia melalui tajaan termasuk penyertaan peserta, dan pameran.

3.       Menjadikan program ICT MIPS sebagai salah satu program berkala PPDN dan sebagai

4.    Menjadikan UPM sebagai salah satu universiti peringkat antarabangsa yang menjadi peneraju dalam bidang pengimejan molekul.

5.       Menarik minat penglibatan sekolah atau institusi angkat untuk tentang perkembangan teknologi sains angkasa melalui sesi penyampaian dan pertunjukan oleh JAXA.

Seramai 116 peserta yang terdiri dari pakar perubatan nuklear, pakar radiologi, ahli perubatan angkasa, pegawai penyelidik, pakar nutrisi, jurutera bioteknologi genetik dan ahli fizik dari dalam dan luar negara telah hadir untuk menyertai konferens selama dua hari ini. Seramai 21 orang penceramah yang terdiri dari lapan (8) orang penceramah luar negara dan 13 orang penceramah dalam negara telah dipanggil untuk memberikan ceramah mengikut bidang kepakaran masing-masing.

Konferens antarabangsa ini telah mendapat tajaan dari SIEMENS Healthcare Sdn Bhd sebagai penaja utama dan turut mendapat tajaan dari agensi agensi swasta yang lain.

 


PRE CONGRESS ICT MIPS 2016



Pada 14 April 2016, Pre Congress bersempena dengan konferen“ International Conference of Translational Molecular Imaging and Aerospace Medicine & Physiology Showcase 2016 (ICT MIPS 16) “ telah diadakan  di PPDN. Seramai 20 orang pakar perubatan dari hospital dan universiti dalam negara dan juga luar negara telah menyertai pre congress ini.
 

Pre Congress ini telah disampaikan oleh Dr. Ramdave Shakher, Pakar Perubatan Nuklear dari Monash University, Australia.


KURSUS “ CLINICAL OBSERVATION FOR PROSTATE INTERVENTIONAL"  DI SINRIRAJ HOSPITAL, BANGKOK

 

Pada 29 -30 Mac 2016, pihak Philips Healthcare Sdn Bhd telah menaja Prof. Madya Dr. Fathinul Fikri Ahmad Saad dan En. Amirul Tajudin bagi menghadiri kursus “Clinical Observation for Prostate Interventional” di Sinriraj Hospital, Bangkok.

Mereka diberi latihan penggunaan perisian prosedur “MRI Prostate Biopsy”. Jumlah tajaan yang diterima daripada pihak Philips Healthcare secara in-kind adalah sebanyak RM9000.00

 


WORKSHOP ON UTILITY OF FSL FOR INTERPRETATION OF fMRI DATA



Pada 24 Mac 2016, satu bengkel “Utility of FSL for Interpretation of fMRI Data” anjuran Fakulti Bahasa Moden, UPM telah diadakan di PPDN. Seramai 20 orang peserta terdiri dari pakar perubatan, juru x-ray dan jururawat dari PPDN dan Fakulti Perubatan Sains Kesihatan, UPM telah menghadiri bengkel ini.

Bengkel selama satu hari ini bertujuan untuk melatih staf klinikal dan pakar perubatan tentang penggunaan aplikasi software yang terdapat di PPDN. Program ini telah dikendalikan oleh Fakulti Bahasa Moden dan penceramah yang dijemput adalah Prof. Dr Christos Pliatsikas, pakar fMRI dari Linguistic Department, University of Reading, United Kingdom.

 


PROGRAM PROMOSI PERKHIDMATAN PPDN SEMPENA PUTRA MAKNA RUN UPM 2016



Pada 12 Mac 2016, PPDN telah terlibat dalam program promosi perkhidmatan PPDN sempena Putra Makna Run UPM 2016 ajuran Fakulti Perubatan dengan kerjasama MAKNA Malaysia.


Antara objektif penglibatan PPDN adalah untuk memberi pendedahan kepada pengunjung tentang kemudahan fasiliti yang terdapat di PPDN di samping menjadikan PPDN sebagai salah satu pusat rujukan pemeriksaan untuk warga UPM amnya.

 


PRISMA fMRI TRAINING


Pada 9-10 Mac 2016, seramai 15 orang Pakar Perubatan Pengimejan staf klinikal daripada Pusat Pengimejan Dignostik Nuklear dan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan telah menjalani latihan berkaitan Prisma FMRI bertempat di MRI Suite, PPDN.

Latihan ini telah dikendalikan oleh Mr Quah Hong Ee, Product Specialist dari SIEMENS Healthcare Sdn Bhd. Tujuan latihan ini adalah untuk melatih radiologi dan staf sokongan yang terlibat dalam menggunakan aplikasi software MRI yang terdapat di PPDN


PROGRAM PROMOSI PERKHIDMATAN PPDN DI MID VALLEY



Pada 13-14 Februari 2016, PPDN telah menyertai program promosi perkhidmatan di Mid Valley anjuran Eh Eh Bazaar Hijra 2016.

Seramai tujuh (7) orang staf PPDN telah terlibat dalam menjayakan program ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk :

1)       Memberi pendedahan kepada pengunjung tentang jenis- jenis perkhidmatan yang ditawarkan di PPDN.

2) 
Sebagai salah satu cara untuk mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan di PPDN.    


LAWATAN SAINTIFIK KE ALL INDIA INSTITUTE OF MEDICAL SCIENCE (INDIA)



Pada 1 Februari – 12 Februari 2016, En. Muhammad Hishar bin Hassan (Pegawai Penyelidik) telah ditawarkan dan  ditaja oleh International Atomic Energy Agency (IAEA)  untuk lawatan saintifik ke All India Institute of Medical Science (India). Fokus latihan adalah berkaitan SPECT dan PET radiophamaceuticals.


KURSUS PET-CT TAHUNAN (2016)



Serdang, 8-9 Januari 2016, Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) , UPM telah menganjurkan Kursus PET CT Tahunan bertempat di Bilik Seminar PPDN. Seramai 10 orang doktor pelatih seluruh Malaysia telah menyertai Kursus PET CT ini.
Kursus ini telah dianjurkan dengan tajaan daripada SIEMENS Healthcare Sdn Bhd dan pihak Syarikat Abex Medical Sdn Bhd sebagai penaja rasmi.

Kursus Intensif PET/CT ini  meliputi kuliah selama 10 jam serta  latihan amali  atau tutorial selama 5 jamKursus intensif ini adalah berdasarkan ‘ formative assesssment’ melalui sesi-sesi amali yang diadakan.Antara objektif penganjuran kursus ini adalah :

  1. Untuk melatih calon Sarjana Radiologi,  Pakar Radiologi dalam bidang PET/CT yang merangkumi kanser, jantung dan penyakit berjangkit.
  2. Untuk melatih calon  pegawai  dari kumpulan sokongan seperti  ahli Teknologi X-ray,  pegawai Sains Fizik (Perubatan) dalam bidang Pengimejan Diagnosis Berintegrasi

PROGRAM CME "NEW TECHNIQUE IN BREAST IMAGING "

 

Serdang, 7 Januari 2016
, satu Program CME yang bertajuk " New Technique in Breast Imaging " telah berlangsung di Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, UPM anjuran Mobecomm Technologies Malaysia Sdn Bhd. Ceramah ini telah disampaikan oleh Mr. Hameed Uddin ( CEO Mobecomm Inc) Mobecomm Research Laboratory, Canada.



Kemaskini:: 06/06/2016 [nurul_azi]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXDdRAB~